Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jem Teruk Highway PLUS Tanjung Malim Arah Utara Buat Warganet Berang

Tular dimedia sosial kini sekitar jam 10 pagi tadi kesesakan teruk di lebuhraya PLUS dari Tanjung Malim menghala ke arah Utara, seperti yang dirakam oleh pemandu sebuah lori yang menuju ke Kuala Lumpur.

jem teruk highway plus tanjung malim arah utara buat warganet berang

Apa yang mengejutkan adalah kelihatan begitu banyak kenderaan persendirian bersusun bersama lori dan kontena yang perlu melalui Sekatan Jalan Raya oleh pihak berkuasa.

Advertisement

jem teruk highway plus tanjung malim arah utara buat warganet berang

jem teruk highway plus tanjung malim arah utara buat warganet berang

Insiden terbabit nyata mengundang rasa kecewa dan marah warganet yang mengecam tindakan segelintir rakyat yang ingkar kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi urusan merentas negeri sempena perayaan Aidilfitri.

Ada cadangan dari warganet yang mahu denda sehingga maksimum RM1,000 dikenakan kepada mereka yang masih ingkar, meskipun notis larangan merentas negeri sudahpun dikeluarkan.

jem teruk highway plus tanjung malim arah utara buat warganet berang

Setakat 19 Mei 2020, lebih dari 3 ribu kenderaan dilaporkan cuba untuk merentas negeri, namun diarahkan berpatah balik kerana tidak mempunyai keizinan dari pihak berkuasa untuk melakukan sedemikian. PDRM juga menjangkakan lebih banyak kenderaan akan cuba merentas negeri menjelang Aidilfitri ini.

Sumber: Info Roadblock JPJ / Polis

ERA Muzik Hit Terkini