Skip to main content

Advertisement

Hiburan

2 Jemaah Haji Malaysia Terkejut 'Ditahan' Di Mekah, Rupa-rupanya..

2 jemaah haji malaysia terkejut

Sumber: Mynewshub

Advertisement

Siapa yang tak takut apabila berada di negara orang kemudian dicekup secara tiba-tiba tanpa kita tahu apa salah kita kan? Dua orang jemaah haji dari Malaysia yang kini berada di Mekah melalui situasi cemas tersebut.

Bagaimanapun, Mohamad Khair Jamaen, 48, dari Negeri Sembilan dan Wan Suhaimi Wan Ab. Hamid, 43, dari Kelantan bertuah kerana dipilih secara rawak untuk menerima perhargaan daripada Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz Al-Sudais, imam Masjidilharam. 

“Pihak berkuasa Arab Saudi tiba-tiba menarik saya semasa saya sedang hendak memulakan solat fardu Maghrib di dalam masjid. Saya tidak tahu apa kesilapan yang telah saya buat. Saya kemudian menjadi takut.

“Saya besyukur, rupa-rupanya saya insan bertuah kerana diberi penghargaan ini,” kata Mohamad Khair.

“Saya terkejut apabila ditahan tanpa sebab tetapi akhirnya saya bersyukur kerana diberi penghargaan ini. Saya berpeluang bertemu dan bersalam sendiri dengan Imam Masjidilharam,” kata Wan Suhaimi sambil tersenyum. 

2 jemaah haji malaysia terkejut

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

2 jemaah haji malaysia terkejut

ERA Muzik Hit Terkini