Sebanyak lebih 1,300 jemaah meninggal dunia semasa mengerjakan ibadah haji pada musim ini.
Menurut Pemerintah Arab Saudi pada Ahad, punca kebanyakannya adalah kerana suhu panas yang melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan" menyumbang lebih empat daripada lima kematian.
Advertisement
“Sistem kesihatan menangani banyak kes suhu panas melampau tahun ini, dengan beberapa individu masih dalam penjagaan. Malangnya, jumlah kematian mencecah 1,301,” kata kerajaan Saudi dalam satu kenyataan ketika mengeluarkan angka rasmi buat kali pertama.
“83 peratus daripada mereka yang meninggal dunia "tidak dibenarkan menunaikan haji" dan "berjalan jauh di bawah cahaya matahari langsung, tanpa tempat tinggal atau keselesaan yang mencukupi.
Menurut kenyataan tersebut lagi, terdapat beberapa orang tua dan pesakit kronik dalam kalangan jemaah haji yang meninggal dunia berkenaan.
Walau bagaimanapun, cuaca panas melampau merupakan faktor utama yang menyebabkan ratusan kematian dan kecederaan dilaporkan pada haji musim ini.
Suhu di tanah suci Mekah meningkat kepada 51.8 darjah selsius yang mencatat rekod pada Isnin 17 Jun.
Sumber: Astro Awani