Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jenazah Nur Farah Kartini Dibawa Keluar Dari Hospital Sungai Buloh

jenazah nur farah kartini dibawa keluar dari hospital sungai buloh

Van yang membawa jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, bergerak keluar dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini, kira-kira jam 2.14 petang hari ini.

Advertisement

Beberapa kenderaan ahli keluarga dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelihatan mengiringi van jenazah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor, Pekan, Pahang.

Difahamkan bahawa jenazah Allahyarham Farah Kartini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, lewat petang ini.

 

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini