Jenazah kelapan mangsa COVID-19 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, jam 3.30 pagi tadi.

Tinjauan mendapati, sekitar jam 8 malam beberapa individu sudah mula menguruskan tempat pengebumian, sebelum beberapa kenderaan polis dilihat hadir kira-kira jam 9.46 malam.
Advertisement

Pihak polis turut memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak berkumpul dekat kawasan perkuburan susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Van yang membawa jenazah hadir kira-kira jam 11 malam seterusnya proses pengebumian dijalankan jam 2.55 pagi dan selesai pada jam 3.30 pagi.

Kes-8 yang merupakan mangsa kes ke-781 merupakan warganegara Malaysia berusia 69 tahun, daripada kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac selepas mengalami gejala demam bermula 12 Mac lalu.
Setakat ini, kes kematian di Malaysia sudah mencecah 8 kes dengan jumlah kes positif sebanyak 1,183 orang.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.