Semalam negara dikejutkan dengan satu lagi kes kematian jangkitan COVID-19 yang melibatkan pesakit ke-152 daripada kluster jemaah tabligh.
Mangsa yang berusia 58 tahun meninggal dunia di Hospital Tawau jam 6.27 petang (20 Mac 2020) dan selamat dikebumikan pada jam 10.30 malam pada hari yang sama.
Advertisement


Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih Tawau selepas disahkan meninggal di Hospital Besar Tawau.
Al-Fatihah buat mangsa dan salam takziah kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarganya.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Awani