Musim jerebu yang melanda negara ketika ini sedikit sebanyak menghalang pelbagai aktiviti luar. Jika perlu, orang ramai akan memakai alat perlindungan diri seperti topeng muka.

Advertisement
Namun, ramai rupanya tersalah memilih topeng muka ketika musim jerebu ini.

Menerusi laman Twitter, salah seorang pakar jantung dari Institut Jantung Negara, Dr. Beni Rusani berkata, topeng muka yang sering digunakan itu adalah topeng muka pembedahan dan tidak terkesan terhadap jerebu.

“Hi guys, ‘topeng muka pembedahan’ tidak berkesan terhadap jerebu. Ia dicipta untuk tumpahan cecair dan darah. Topeng muka yang berkesan untuk jerebu adalah N95. Maklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan anda,” tulis Dr Beni menerusi satu tweet.
Hi guys, ‘surgical mask’ doesn’t work against haze. It is designed for fluid & blood spills. The mask that works is N95. Tell your family & friends.
— Dr Beni Rusani (@DrBeniRusani) September 13, 2019
Telling your ex is optional. pic.twitter.com/v7UHRr3VC6
Beliau juga mensarankan agar majikan-majikan boleh membekalkan topeng muka jenis ini kepada pekerja dipejabat.
