Dipetik daripada Channel NewsAsia, seorang lelaki telah disaman S$300 atau bersamaan kira-kira RM900 kerana telah menjentik dua getah yang jatuh keatas jalan raya.

Menerusi foto tiket saman yang dikeluarkan oleh National Environment Agency (NEA), lelaki berkenaan dilihat berjalan menuju ke arah kenderaannya sebelum menjentik dua getah ke udara.
Advertisement

Getah tersebut jatuh keatas jalan raya dan pegawai bertugas mengeluarkan saman atas kesalahan membuang sampah merata-rata.
Menurut NEA lagi, mereka menyeru orang ramai agar tidak membuang sampah merata-rata dan menjaga persekitaran khususnya apabila berada dalam negara Singapura.
Sumber: Channel NewsAsia
