Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pulau Jepun Dilanda Gelombang Kedua Sebab Tamatkan Lockdown Terlalu Awal

Sebuah pulau di utara Hokkaido di Jepun yang telah menamatkan arahan lockdown sebelum ini, terpaksa membuat perintah berkurung semula selepas dilanda gelombang kedua.

pulau jepun dilanda gelombang kedua sebab tamatkan lockdown terlalu awal

Wilayah yang diduduki oleh 5.3 juta orang ini telah ditutup pada akhir Februari sebagai tindak balas kepada peningkatan jumlah jangkitan, yang sebahagian besar daripada kes positif berasal dari acara tahunannya iaitu Festival Salji Sapporo.

Advertisement

Wilayah ini pada awalnya dipuji kerana dengan cepat membuat arahan penutupan selama tiga minggu. Namun selepas gabenor, Naomichi Suzuki menarik balik sekatan tersebut, gelombang jangkitan kedua telah mula merebak di pulau berkenaan.

Akibatnya, wilayah itu terpaksa dikurung kembali.

"Sekarang saya menyesal, kita seharusnya tidak menamatkan perintah berkurung yang pertama," kata Dr. Kiyoshi Nagase, ketua Persatuan Perubatan Hokkaido, yang membantu menyampaikan nasihat kepada pemerintah wilayah berkenaan,

pulau jepun dilanda gelombang kedua sebab tamatkan lockdown terlalu awal

Ini menjadi pengarajan buat ramai pemimpin di negara lain kerana ketika ini banyak negara yang sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan, kata Kazuto Suzuki, wakil dekan politik antarabangsa di Universiti Hokkaido.

Jepun setakat ini mengesahkan terdapat kira-kira 15,000 kes jangkitan COVID-19, termasuk kira-kira 700 dari kapal pesiaran Diamond Princess yang berlabuh di Tokyo pada Februari. Daripada jumlah itu, kira-kira 470 kematian telah dilaporkan.

Pemerintah di Tokyo juga mengesahkan juga terdapat 46 jangkitan baru pada hari Khamis, menurut laporan itu.

Negara itu kini sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan perintah darurat ke seluruh negara hingga akhir Mei bagi membantu mencegah penyebaran virus COVID-19.

Sumber: New York Times

ERA Muzik Hit Terkini