Jepun telah tampil dengan idea yang menarik dan kreatif apabila mereka menghiaskan penutup lubang pada jalan utama dibandar dengan lukisan anime bercahaya.

Terletak di Tokorozawa, usaha bandar di Tokyo ini adalah bagi menarik perhatian pelancong.
Advertisement

Penutup lubang ini akan mulai bercahaya antara jam 6 petang hingga 2 pagi, dengan berbekalkan tenaga solar.
Antara karakter yang popular adalah seperti robot Gundam, watak animasi sains fiksyen seperti Neon Genesis Evangelion dan siri televisyen The Melancholy of Haruhi Suzumiya.

Kaedah ini bukanlah satu perkara yang baharu kerana ia sudah digunakan di beberapa bandar utama di negara berkenaan sejak lebih empat dekat yang lalu.


"Kami berharap dengan adanya tarikan terbaharu ini boleh menangkis stigma penutup lubang sesuatu yang kotor.
"Pada masa sama, ia mampu menghidupkan semula ekonomi tempatan dengan kunjungan lebih ramai pelancong," kata Koike.
Setakat ini, sebanyak 28 penutup lubang menghiasi bandar Tokorozawa sejak 1 Ogos lalu.
Sumber: The Straits Times