Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kurangkan Sampah Di Angkasa, Jepun Rancang Bina Satelit Guna Kayu

Jepun kini merancang untuk membina satelit kayu pertama di dunia dalam usaha mengurangkan sampah di ruang angkasa.

kurangkan sampah di angkasa, jepun rancang bina satelit guna kayu

Syarikat Sumitomo Forestry bekerjasama dengan Universiti Kyoto untuk mengembangkannya idea ini menjelang 2023.

Advertisement

Menurut penyelidik, mereka berharap satelit kayu ini dapat membantu mengurangkan jumlah sampah buatan manusia di ruang angkasa, yang mana ia dapat jatuh kembali ke Bumi.

Pakar mengatakan, lambakan sampah ini menjadi masalah yang semakin meningkat kerana lebih banyak satelit dan roket dilepaskan ke orbit.

kurangkan sampah di angkasa, jepun rancang bina satelit guna kayu

Angka dari World Economic Forum menunjukkan terdapat sekitar 6,000 satelit yang sedang mengelilingi planet Bumi ketika ini.

Tetapi ujar penyelidik, satelit yang terbuat dari kayu akan terbakar tanpa melepaskan bahan berbahaya ke atmosfera seterusnya lebih selamat kepada hidupan di Bumi.

Buat masa ini, pereka sedang membuat kajian mengenai penggunaan bahan kayu yang sesuai dan akan melihat kesannya terhadap pelbagai jenis ruang persekitaran yang melampau seperti yang tahan kepada cahaya serta suhu matahari.

Angkasawan Jepun, Takao Doi, yang juga seorang profesor di Universiti Kyoto berkata: "Kami sangat prihatin dengan kenyataan bahawa semua satelit yang memasuki atmosfera bumi terbakar dan mencipta zarah alumina yang akan terapung di atmosfera atas selama bertahun-tahun. .

"Akhirnya ia akan mempengaruhi persekitaran Bumi.

"Tahap berikutnya adalah dengan mengembangkan model kejuruteraan satelit, kemudian kami akan membuat model penerbangan."

Terdahulu, pada tahun 2006, sekeping sampah diruang angkasa telah bertembung dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menyebabkan kerosakkan teruk.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini