Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sebabkan Tak Boleh Jerit, Taman Tema Ini Berikan Sticker Muka Menjerit Pada Face Mask

Sebelum ini sebuah taman tema Disneyland di Shanghai, China telah melarang orang ramai daripada menjerit ketika menaiki permainan roller coaster untuk mengelakkan jangkitan COVID-19.

anda dilarang menjerit ketika naik rollercoaster ini bagi elak jangkitan covid-19

Pendekatan yang sama digunakan oleh kebanyakkan taman tema lain seluruh dunia, bagi mengekang penularan jangkitan wabak ini. Ia nyata memberikan sedikit impak kepada orang ramai yang menggunakan permainan dalam taman tema ini.

Advertisement

Disebabkan itu, sebuah Taman Tema Greendland di Kumamoto telah mengambil pendekatan berbeza dalam memberikan hiburan kepada pengunjung mereka iaitu dengan memberikan pelekat muka menjerit untuk ditampal pada pelitup muka supaya kelihatan seolah pemakainya sedang menjerit.

sebabkan tak boleh jerit, taman tema ini berikan sticker muka menjerit pada face mask

sebabkan tak boleh jerit, taman tema ini berikan sticker muka menjerit pada face mask

sebabkan tak boleh jerit, taman tema ini berikan sticker muka menjerit pada face mask

Terdapat lima rekaan pelekat pada pintu masuk roller coaster berkenaan, dan salah satunya adalah pelekat muka menjerit.

sebabkan tak boleh jerit, taman tema ini berikan sticker muka menjerit pada face mask

Menurut pengurusan taman tema itu, menggunakan pelekat muka menjerit membolehkan mereka untuk ‘menjerit dengan senyap’, dan dalam masa sama menyekat penyebaran wabak COVID-19 daripada berleluasa.

Sumber: Soranews24

ERA Muzik Hit Terkini