Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jerebu: Majikan Disaran Benarkan Pekerja Buat Kerja Dari Rumah

Ekoran daripada jerebu yang masih melanda negara, Kementerian Sumber Manusia menyarankan majikan supaya membenarkan pekerja menjalankan tugasan masing-masing dari rumah.

jerebu: dua penerbangan ke pulau pinang patah balik, satu dilencongkan

Advertisement

Menurut Kementerian itu, adalah menjadi tanggungjawab utama majikan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

"Adalah penting majikan untuk menjalankan penilaian risiko dan melaksanakan langkah-langkah yang sewajarnya termasuk menentukan keperluan untuk datang bekerja, bagi memastikan risiko yang dikenal pasti dapat dikurangkan," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah lagi, majikan juga digalakkan melaksanakan dasar bekerja fleksibel seperti membenarkan pekerja menjalankan tugasan dari rumah sekiranya keadaan menjadi berbahaya kepada kesihatan mereka.

"Undang-undang perburuhan di Malaysia tidak melarang majikan daripada menentukan tempat pekerjaan selain daripada yang dinyatakan dalam kontrak pekerjaan seperti rumah pekerja, bergantung kepada keadaan tertentu seperti jerebu atau banjir, sebagai langkah sementara sehingga keadaan kembali selamat," menurut kenyataan itu lagi. 

Sumber: Kosmo!

ERA Muzik Hit Terkini