Ekoran daripada kebakaran yang terjadi di Kalimantan dan Sumatera, menyebabkan terjadinya jerebu dibeberapa negara di Asia Tenggara, khasnya di Malaysia.

Advertisement
Jerebu bukan sahaja menyebabkan kualiti udara terjejas, malah telah menyebabkan sekurangnya dua orang meninggal dunia sejak akhir bulan lalu.

Malah, kesan daripada jerebu ini juga mengakibatkan banyak haiwan-haiwan hilang tempat perlindungan dan ada juga yang telah mati.
Menerusi satu rakaman video di Twitter oleh Susan Lankester menunjukkan sekawan burung telah mati dijalanan dek kerana jerebu yang teruk melanda masa kini.
Video yang dipercayai dirakamkan di Kalimantan ini telah menjadi tular dan mendapat perhatian ramai.
Birds falling from the sky due to toxic air that we’re breathing? This is due to irresponsible businesses causing harm to humans & animals. pic.twitter.com/6yk5k1ZiIq
— Susan Lankester (@suelanks) September 17, 2019
Dalam video berasingan, video keadaan berjerebu di Kalimantan juga sempat dirakamkan dengan bacaan IPU mencecah 1000!
Video dr picture Kalimantan tengah IPU cecah 1000(jerebu) pic.twitter.com/a9T3F57vgd
— Malaysia Viral Studio (@FidzalMen) September 18, 2019