Jerman mengesahkan kes pertama bagi wabak coronavirus, menjadikan ia negara kedua di Eropah yang terlibat dalam wabak ini selepas Perancis.
Germany reports first case of new coronavirus https://t.co/scpHUgqqFt
— RTHK English News (@rthk_enews) January 28, 2020
Kes pertama di Jerman itu melibatkan seorang lelaki dari daerah Starnberg di Bavaria yang disahkan oleh jurucakap Kementerian Kesihatan Bavaria di Munich.
Advertisement

Ini menjadikan jumlah negara yang terjejas kepada 17 buah negara dengan 4,581 kes dan 106 kematian.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Singapura juga mengesahkan terdapat kes terbaru melibatkan warga China berumur 56 tahun dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan lima kes jangkitan Coronavirus di negara itu.