Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jiran Buat Khabar Angin Kata Nak Bagi Lobak Percuma, Petani Rugi Ratusan Ribu

Petani di China terkejut selepas mendapati tanaman lobak mereka habis musnah diambil orang ramai.

jiran buat khabar angin kata nak bagi lobak percuma, petani rugi ratusan ribu

Hanya dalam beberapa jam, beribu-ribu orang berkunjung ke ladang mereka, dipercayai akibat daripada mulut jiran mereka sendiri.

Advertisement

Menurut petani ini, pada mulanya mereka tidak keberatan untuk memberikan sedikit tanaman itu kepada jirannya secara percuma.

jiran buat khabar angin kata nak bagi lobak percuma, petani rugi ratusan ribu

”Penduduk kampung kata lobak yang kami tanam sedap dimakan dan bertanya sama ada kami dapat memberikan sedikit kepada mereka.

”Memandangkan kami semua hidup berjiran, saya fikir tak apalah kalau mereka mahu ambil sedikit. Cuma saya tak sangka, macam mana boleh muncul dan tersebar khabar angin bahawa semua lobak di ladang kami hendak diagihkan secara percuma,” kata petani itu.

Keesokkan harinya, banyak kenderaan datang ke tanaman itu untuk mengambil lobak yang disangkakan percuma.

Petani yang hanya dikenali sebagai Xu berkata, mereka terpaksa menelefon polis untuk menghalang orang ramai yang datang untuk mengambil tanaman mereka, namun ia sudah terlambat.

Sumber: SCMP

ERA Muzik Hit Terkini