Ahli gusti dan juga pelakon, John Cena diumumkan menyertai barisan pelakon Fast & Furious 9 bersama-sama Vin Diesen dan Michelle Rodrigues, tetapi wataknya masih lagi dirahsiakan.

Advertisement
Filem yang pernah berjaya mengutip kutipan lebih $5.1 bilion daripada pasaran global ini telah dikosongkan tempat oleh The Rock pada Jun lalu. Namun menerusi laman Instagram Nathalie Emmanuel, kelibat John Cena telah kelihatan dan ia menjawab pelbagai persoalan daripada peminat F&F.
Filem Fast and Furious 9 akan ditayangkan dipawagam pada 22 Mei 2020.
Sumber: Screen Rant
