
Johnny Depp menganggap kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Amber Heard telah memulihkan semula kehidupannya. Johnny Depp berkata dia tertekan selama 6 tahun akibat cemuhan dari orang ramai susulan dakwaan Amber Heard yang mengaitkan dirinya dengan penderaan fizikal. Malah anak-anak Johnny Depp dan rakan baiknya turut terkesan atas dakwaan ini .
Advertisement
Dalam posting terbarunya di Instagram, Depp merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kes samannya selama enam minggu perbicaraan.Terdahulu juri menganugerahkan Depp dibayar ganti rugi sebanyak AS$15 Juta manakala Amber Heard pula menerima pampasan yang kecil iaitu sebanyak AS$2 Juta dalam kes saman fitnah pasangan selebriti itu.
Dalam kes saman itu, Amber Heard mendakwa dia didera oleh Depp tapi Depp menafikan dakwaan itu malah memberitahu mahkamah bahawa bekas isterinya itu yang sering bertindak ganas.
Kredit : Astro Awani