
Sumber: MalaysiaDigest
Advertisement
Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan berlangsung bermula 19 Ogos ini. Tiga juara dunia akan bertanggungjawab untuk membawa Jalur Gemilang diketuai oleh Azizulhasni Awang (berbasikal), Mohd. Al Jufferi Jamari (silat) dan Cheong Jun Hoong (terjun).
“Saya hendak umumkan pembawa bendera kontinjen negara. Setelah memikirkan perkara ini begitu lama, kita buat sedikit kelainan dalam Sukan SEA kali ini dengan menamakan tiga atlet untuk membawa Jalur Gemilang.
“Ketiga-tiga atlet ini merupakan juara dunia. Penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang dalam upacara pembukaan akan diberikan kepada Cheong Jun Hoong, Al Jufferi dan Azizulhasni Awang,” kata Khairy Jamaluddin.


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
