Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sedar Tak Sedar Dah Nak Raya, Jumaat Depan Dah Tengok Anak Bulan

Jumaat, 22 Mei telah ditetapkan sebagai tarikh untuk melihat anak bulan Syawal tahun ini di 15 lokasi terpilih di seluruh negara.

sedar tak sedar dah nak raya, jumaat depan dah tengok anak bulan

Menurut kenyataan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja juga bersetuju penentuan tarikh berkenaan adalah berdasarkan rukhyah dan hisab dengan tarikh sambutan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

Advertisement

Berikut adalah antara lokasi yang terpilih bagi melihat anak bulan Syawal ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini;

Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;

Lokasi lain yang turut terpilih ialah Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; Balai Besar, Kuala Terengganu, Terengganu; Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan; Teluk Bandung, Kuching, Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah.

Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa, Labuan; Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.

Sumber: Bernama

ERA Muzik Hit Terkini