Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dijangka berlaku pada pertengahan April ini.

Bagaimanapun, langkah drastik telah diambil oleh pihak berkaitan termasuk melakukan semburan nyah kuman sebagai langkah awal mencegah penyebaran wabak tersebut.
Advertisement
“Kita lihat proses itu telah berjalan dan proses kedua adalah mengenal pasti iaitu accurate case detection, di mana kita akan mencari, menguji, dan mengasingkan mereka yang positif.
“Sementara, mereka yang tidak positif kita akan masukkan ke dalam 'self-quarantine' dalam tempoh 14 hari dan kita akan rawat mereka,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Tambahnya lagi, terdapat 5,084 jemaah tabligh yang belum menjalani saringan ujian kesihatan berkaitan COVID-19.
“Setakat ini kita sudah melakukan saringan kepada 17,584 jemaah dan seramai 12,500 orang telah diambil sampel.
“Daripada jumlah tersebut, 1,207 orang disahkan positif, 6,648 (negatif), sementara 4,645 masih menunggu keputusan dan kami masih mengesan 5,084 yang belum melakukan ujian,” jelas beliau seperti dipetik dari Awani.
Sumber: Awani