Skip to main content

Advertisement

Hiburan

212 Lagi Kes Baru Positif COVID-19, Jumlah Kematian Kini Cecah 14 Kes Di Malaysia

Sebanyak 4 lagi kematian direkodkan hari ini (23 Mac 2020), menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 14 kes.

212 lagi kes baru positif covid-19, jumlah kematian kini cecah 14 kes di malaysia

Kes ke-12 melibatkan seorang jemaah tabligh berusia 70 tahun dan dirawat di Hospital Kluang.  Kes kematian ke-13 pula merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 49 tahun, yang juga anak kepada kes-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Manakala kes kematian ke-14 melibatkan warganegara wanita berumur 51 tahun yang merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh yang dirawat di Hospital Miri. Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia hari ini, 23 Mac 2020.

Advertisement

Kementerian Kesihatan Malaysia turut mengesahkan 212 lagi kes baru COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah kes sebanyak 1,518 setakat 23 Mac 2020.

Daripada jumlah ini, 57 daripadanya sedang dirawat di ICU, manakala 159 kes telah berjaya sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini