Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rakyat Itali Tak Ambil Serius Arahan Duduk Rumah, Kini Angka Kematian Lebih Tinggi Dari China

Akibat tidak mengambil serius akan arahan kerajaan untuk kuarantin sepenuhnya di rumah, kini angka kematian di Itali telah mengatasi jumlah kematian di China.

Itali mencatatkan jumlah kematian sebanyak 3,405, dengan penambahan jumlah kematian sebanyak 427 kes pada Khamis, mengatasi jumlah kematian di China iaitu sebanyak 3,248 kes setakat ini.

Advertisement

rakyat itali tak ambil serius arahan duduk rumah, kini angka kematian lebih tinggi dari china

Setakat hari Khamis, jumlah kes baru di China hanyalah melibatkan kes jangkitan dari luar negara dan lebih 71 ribu pesakit dinegara itu juga telah pulih daripada jangkitan. Ini selepas rakyat China mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan mereka sepanjang penularan wabak ini terjadi.

china sahkan tiada lagi kes jangkitan covid-19 dari dalam negara, lebih 70 ribu pulih

Namun berbeza dengan keadaan di Itali yang dikatakan rakyatnya tidak mengambil serius dengan arahan kuarantin yang dikeluarkan, menyebabkan jumlah kes semakin meningkat.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini