Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Disangka Hilang 5 Tahun Lalu, Adik Jumpa Mayat Abang Masa Kemas Rumah

Seorang wanita yang juga adik kepada seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada 2015, terkejut selepas menemui mayat abangnya itu hanya berada dalam rumah.

disangka hilang 5 tahun lalu, adik jumpa mayat abang masa kemas rumah

Kejadian berlaku di Aichi Prefecture, Jepun, selepas adik perempuan kepada mangsa, Sumio Suenaga, 66, menemui rangka yang tidak berbaju selepas mengemaskan rumah.

Advertisement

Sumio dilaporkan hilang dari rumahnya pada tahun 2015 lalu dan ahli keluarganya tidak pula membuat sebarang laporan mengenai kehilangannya itu.

Selepas 5 tahun, adik perempuan Sumio mahu menggunakan bilik abangnya, dan terkejut apabila menemui rangka manusia tanpa pakaian.

disangka hilang 5 tahun lalu, adik jumpa mayat abang masa kemas rumah

Sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan mengesahkan bahawa ia adalah rangka manusia, namun masih belum mengesan umur dan jantina rangka itu. Bagaimanapun mereka percaya ia adalah Sumio yang hilang beberapa tahun lalu.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini