Seorang lelaki yang juga seorang suami di Tijuana, Mexico sanggup membina sebuah terowong bawah tanah secara rahsia semata-mata mahu bertemu kekasih gelapnya tanpa pengetahuan si isteri dan suami kekasihnya itu.

Segalanya terbongkar selepas suami wanita berkenaan pulang lebih awal daripada kebiasaanya, membongkar segala rahsia pasangan kekasih gelap itu.
Advertisement
Lelaki yang dikenali sebagai Antonio, juga pakar dalam membuat pertukangan batu telah membuat satu terowong bawah tanah, merentasi beberapa jalan dari rumahnya ke rumah wanita berkenaan yang dikenali sebagai Pamela.
Mereka sering bertemu ketika suami Pamela, iaitu Jorge keluar bekerja dan ketika ketiadaan isterinya di rumah.
Bagaimanapun, tanpa diduga pada suatu hari Jorge pulang lebih awal daripada biasa, hingga menyebabkan beliau naik angin lepas menemui terowong bawah tanah yang ditutupi batu-bata itu.
Jorge kemudiannya merangkak masuk ke dalam terowong rahsia itu, hingga membawanya ke rumah Antonio.
Selepas bertengkar, Antonio bagaimanapun merayu kepada Jorge untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan isterinya. Isteri Antonio yang melihat mereka sedang bergaduh, segera memanggil polis untuk meredakan keadaan.
Sumber: Oddity Central