Penduduk dan pekerja pembersihan di bandar Mexico terkejut apabila menemui seekor ‘tikus gergasi’ dalam satu longkang di bandaraya tersebut.

Kejadian berlaku selepas pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan sistem perparitan dan menemui seekor ‘tikus gergasi’.
Advertisement

Ia adalah sebahagian daripada 22 tan sampah yang dikeluarkan di bandaraya tersebut ekoran daripada ribut kencang.

Pada mulanya, mereka menyangka ia adalah tikus sebenar kerana rupanya seakan-akan haiwan berkenaan dan tinggal dalam kawasan longkang.
Namun selepas diteliti, rupanya ia adalah prop untuk sambutan Halloween.
Besar betul!
Sumber: Dailystar