Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Juru Mekap Ini Rendam Muka Dengan Teh Hijau Untuk Tampil Flawless

Juru mekap terkenal Hye - Min Park atau lebih dikenali sebagai Pony seringkan berkongsikan rutin hariannya dan teknik untuk menghias wajah di Youtube. 

Pony mempunyai lebih dari 4 juta subscribers dan semua video terbitannya mempunyai jutaan tontonan. 

Advertisement

Daripada salah satu videonya, Pony kongsikan rahsia penjagaan wajahnya untuk mendapatkan kulit flawless iaitu membilas wajah dengan air teh hijau 3 kali seminggu selepas membersihkan wajah pada malam hari.

Pony mengatakan teh hijau merupakan bahan semula jadi yang terbaik untuk wajah kerana mempunyai antioksidan yang dapat melindungi wajah daripada kerosakkan sel kulit.

juru mekap ini rendam muka dengan teh hijau untuk tampil flawless

Teh hijau juga boleh membantu mengurangkan kedutan dan tanda - tanda penuaan kerana mempunyai ciri - curu antioksidan dan anti radang.

Jadi untuk anda diluar sana yang  mempunyai masalah kulit, boleh lah cuba teknik ni, mana tahu boleh membantu kan!

Selamat mencuba!

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini