Ekoran daripada penularan wabak Covid-19, seorang pengantin perempuan yang juga jururawat di sebuah hospital di Wuhan, China terpaksa memakai busana pengantin 'hazmat suit'.

Advertisement
Bukan itu sahaja, sejambak bunga juga diperbuat daripada sarung tangan getah, menjadi penyeri majlis perkahwinan mereka.

Lebih unik, pengantin lelaki tidak berada bersamanya, dan hanya berhubung melalui panggilan video.


"Jika awak malaikat yang menyelamatkan manusia, biarlah saya menjadi sayap untuk menyokong dan bersama awak sentiasa,", kata pengantin lelaki yang diwakili salah seorang rakan wanita itu.
A "hazmat suit wedding dress" and a bouquet of gloves marked the "video call wedding ceremony"👰 of a nurse in Wuhan, at the heart of #coronavirus epidemic, a day before #ValentinesDay ❤️ pic.twitter.com/1WSVkUn9kc
— CGTN (@CGTNOfficial) February 15, 2020
Rata-rata warganet meluahkan rasa terharu melihat pengorbanan yang dilakukan oleh pasangan pengantin ini.

Sumber: CGTN