Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jurutera Cipta Aplikasi Terjemah Bunyi Meow Kucing Pada Maksudnya

Seorang bekas jurutera yang mengendalikan Artificial Intelligence (AI) di syarikat ternama, Alexa telah mencipta satu aplikasi yang sangat berguna kepada pemilik kucing seluruh dunia.

kucing tahu nama sendiri, tetapi pura-pura tak dengar bila di panggil – kajian

Advertisement

Aplikasi yang diberi nama MeowTalk, ciptaan Javier Sanchez ini dikatakan mampu menterjemah bunyi kucing kepada maksudnya tersendiri, berdasarkan teknologi AI.

jurutera cipta aplikasi terjemah bunyi meow kucing pada maksudnya

Javier yang kini mengetuai syarikat Akvelon, mencipta teknologi berkenaan dan boleh dimuat turun versi beta secara percuma di Google Playstore dan Apple App Store.

jurutera cipta aplikasi terjemah bunyi meow kucing pada maksudnya

jurutera cipta aplikasi terjemah bunyi meow kucing pada maksudnya

Menurut penyelidik, kucing mempunyai lebih daripada satu bahasa dan kesemua bunyi meow yang dihasilkan oleh setiap kucing adalah berbeza antara satu sama lain.

Dengan aplikasi tersebut, bunyi meow yang dihasilkan akan dihantar kepada database AI dan diberikan maksudnya yang tertentu. Berkemungkinan ia tidak tepat buat masa ini, tetapi pencipta berharap teknologi ini akan memastikan terjemahan yang dihasilkan lebih tepat dimasa akan datang.

Dalam kajian berbeza, penyelidik mendapati kucing sebenarnya tahu yang namanya sedang dipanggil, tetapi lebih gemar tidak mengendahkan panggilan tersebut.

Sumber: WOB / BBC

ERA Muzik Hit Terkini