Permainan Pokemon Go pernah mencipta fenomenanya sendiri beberapa tahun yang lalu sehinggakan ada yang sanggup membeli puluhan telefon bimbit demi bermain game berkenaan.

Selepas sekian lama, masih ada lagi peminat setia yang terus bermain permainan ini namun berkemungkinan besar akan terjejas selepas update terbaru pada Oktober depan.
Advertisement
Menerusi hantaran di Twitter, update terbaharu pada Oktober depan akan menamatkan sokongan keatas telefon jenis Android 5, iOS 10 dan iOS 11 serta pengguna iPhone 5s dan juga iPhone 6.

Bagaimanapun pengguna telefon bimbit lain tidak akan terjejas dan masih boleh menggunakan permainan berkenaan seperti sediakala.
Dengan penamatan sokongan ini, dijangkakan jutaan pengguna permainan Pokemon Go akan terjejas dan tidak lagi boleh menggunakan game ini pada peranti mereka.
Pokemon Go telah dimuatturun lebih 500 juta kali serata dunia sejak ia mula diperkenalkan pada penghujung tahun 2016.
Sumber: Pokemon Go