Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Masalah Wang Sebab COVID-19, Juventus Bakal Jual Ronaldo

Masalah kewangan ketika wabak COVID-19 sedang melanda dunia ketika ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah kepada pengurusan kelab bolasepak Juventus.

masalah wang sebab covid-19, juventus bakal jual ronaldo

Advertisement

Justeru, bagi mengatasi masalah kewangan ini, skuad Old Lady kini sedang dalam pertimbangan untuk menjual Cristiano Ronaldo yang memperoleh gaji kira-kira £540,000 (RM2.9 juta) seminggu.

Jumlah itu adalah empat kali ganda lebih mahal, berbanding pemain tertinggi yang dibayar kelab, Matthijs de Ligt.

masalah wang sebab covid-19, juventus bakal jual ronaldo

Bagaimanapun, kontrak Ronaldo bersama Juventus yang akan berakhir pada 2022, mungkin melihat penyerang sensasi itu meninggalkan kelab secara percuma.

Juventus juga berharap dapat memperoleh kembali sejumlah 99 juta pound (RM536 juta) yang dibelanjakan bagi membeli kapten Portugal itu dari kelab Real Madrid pada 2018 lalu.

masalah wang sebab covid-19, juventus bakal jual ronaldo

Meskipun Ronaldo diikat untuk membantu pasukan mendominasi Liga Juara-Juara, pihak pengurusan nyata kecewa selepas Juventus tewas pada peringkat suku akhir dan 16 terakhir sejak kehadiran Ronaldo dalam pasukan.

Untuk rekod, Ronaldo sudah menjaringkan 71 gol daripada 94 perlawanan Junventus, termasuk 6 gol dalam 4 perlawanan pada awal kempen Serie A ketika ini.

Sumber: The Sun

ERA Muzik Hit Terkini