Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kad UNO Versi BTS Jadi Tarikan, Hati-Hati Jika Dapat Kad ‘Dancing Wild’

Khas buat peminat kumpulan BTS, satu lagi koleksi peribadi perlu dikumpul oleh anda, iaitu kad UNO versi BTS.

kad uno versi bts jadi tarikan, hati-hati jika dapat kad ‘dancing wild’

Advertisement

kad uno versi bts jadi tarikan, hati-hati jika dapat kad ‘dancing wild’

Dijual setiap satu dengan harga RM25.90, kad UNO ini adalah hampir sama dengan kad UNO biasa yang mempunyai kad-kad nombor dan kad kuasa seperti Skip, Reverse dan Draw 4 atau Draw 2. Setiap kad disertakan bersama 7 wajah ahli-ahli kumpulan BTS iaitu Jin, RM, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook.

kad uno versi bts jadi tarikan, hati-hati jika dapat kad ‘dancing wild’

Cuma yang membezakan kad UNO BTS ini adalah kehadiran kad kuasa dikenali sebagai ‘Dancing Wild’.

kad uno versi bts jadi tarikan, hati-hati jika dapat kad ‘dancing wild’

Menurut peraturan, setiap kali kad ‘Dancing Wild’ ini digunakan, pemain seterusnya perlu membuat tarian BTS dihadapan pemain-pemain lain. Jika gagal, pemain tersebut perlu mengambil 3 kad tambahan sebagai denda.

Ada sesiapa yang dah beli?

kad uno versi bts jadi tarikan, hati-hati jika dapat kad ‘dancing wild’

Sumber: GOODY25.

ERA Muzik Hit Terkini