
Sebanyak 57 peratus daripada rakyat Malaysia berpandangan bahawa kemiskinan dan pengangguran merupakan factor-faktor berlakunya jenayah.
Advertisement
Menurut Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos), 50 peratus lainnya pula berpandangan bahawa penguatkuasaan undang-undang tak berkesan.
Namun, tinjauan dijalankan ini mendapati rakyat Malaysia merasakan semakin selamat seiring dengan penurunan persepsi terhadap peningkatan kadar jenayah.
Walau bagaimanapun, kadar jenayah di negara jiran, Thailand dan Indonesia kekal pada tahap yang membimbangkan.
Tinjauan sama turut mendapati bahawa rakyat di negara ini memberikan keyakinan tinggi terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang negara.
Menurutnya, kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap penguatkuasaan undang-undang adalah penting dalam menjamin kewujudan masyarakat yang aman dan selamat.
Sumber: Sinar Harian