Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Terus Kedalam Hidung, Ini Cara Pengambilan Sampel Ujian Saringan COVID-19

Setakat ini, wabak COVID-19 telah menjangkiti lebih 723 ribu orang di seluruh dunia.

terus kedalam hidung, ini cara pengambilan sampel ujian saringan covid-19

Bagi memutuskan rantaian penularan wabak ini, orang ramai diminta untuk terus berada dirumah supaya jangkitan dapat dielakkan. Dalam masa sama, mereka yang disyaki akan menjalani ujian saringan COVID-19.

Advertisement

Antara kaedah ujian saringan COVID-19 yang digunakan adalah melalui teknik nasopharyngeal swab.

terus kedalam hidung, ini cara pengambilan sampel ujian saringan covid-19

Kaedah ini adalah cara yang biasa digunakan bagi mengesan kehadiran virus dalam sistem pernafasan. Swab digunakan bagi mengambil sampel dalam hidung pesakit, terus kepada bahagian dalam rongga hidung yang dikenali sebagai nasopharynx.

terus kedalam hidung, ini cara pengambilan sampel ujian saringan covid-19

Sampel ini akan dihantar ke makmal untuk pengesahan menggunakan kaedah kaedah konvensional RT-PCR.

Sebarang maklumat berkenaan COVID-19 hendaklah dirujuk kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel cprc@moh.gov.my.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Public Health Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini