Abdul Fakkar Maudidi Safi, 27 dan pasangannya Khadijah Salamah Ibrahim telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis perkahwinan ringkas.

Yang membuatkan majlis perkahwinan mereka unik adalah kerana perkahwinan mereka di adakan dalam sebuah kedai buku di Korea.
Advertisement

Video yang dimuatnaik di laman Facebook ini menunjukkan pengantin lelaki dan pengantin wanita itu hanya memakai jaket sejuk, tanpa sebarang persiapan tipikal di majlis perkahwinan.

Dengan mas kahwin RM756 dan cincin kahwin serta seorang saksi, Fakkar dan Khadijah selamat menjadi suami isteri dalam majlis yang mengambil masa kira-kira 4 minit.
Sumber: Facebook // Malaysian Digest