Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Cintai Lelaki Lain, Suami Sanggup Kahwinkan Isteri Dengan Bekas Kekasih

cintai lelaki lain, suami sanggup kahwinkan isteri dengan bekas kekasih

Apa perasaan seorang suami apabila mendapat tahu wanita yang dikahwininya mencintai lelaki lain ? 

Advertisement

Seorang lelaki di sebuah kampung di India baru mengahwini seorang wanita. Namun apabila mendapat tahu isterinya mencintai lelaki lain, dia sanggup mengahwinkan isterinya itu dengan bekas kekasihnya. 

Sujit mengaturkan sebuah majlis bagi menyatukan isterinya, Shanti dengan lelaki bernama Ravi. 

Sujit mengetahui hal itu kerana sejak mengahwini Shanti, isterinya itu tak pernah gembira dan mengaku dia dipaksa berkahwin dan sudah mempunyai kekasih. 

Sujit terkejut dengan pengakuan itu tapi terus berjumpa keluarga untuk meneruskan rancangannya.

Akhirnya pada Rabu lalu, ratusan penduduk berkumpul di sebuah kuil di kampung itu untuk menyaksikan perkahwinan Shanti dan Ravi.

"Pada mulanya, pelbagai fikiran negatif timbul dalam fikiran, saya juga terfikir untuk menghapuskan kedua-duanya, namun keluarga kami akan turut terjejas, jadi selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya membuat kesimpulan kami semua boleh hidup bahagia," kata Sujit.

Sumber: Astro Awani 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini