Jika anda suka mengait kain dan dalam masa sama suka mendengar muzik heavy metal, pertandingan ini sangat sesuai untuk anda.
Di Finland, terdapat satu kejohanan dimana peserta perlu mengait sambil menari lagu heavy metal.
Advertisement

Dikenali sebagai Kejohanan Dunia Mengait Heavy Metal, ia adalah kejohanan yang pertama kali diadakan seadanya dimana ramai peserta seluruh negara telah menyertai pertandingan ini.


Antara peserta yang hadir adalah dari Amerika Syarikat, Jepun, Denmark, Rusia, Sweden dan beberapa negara lain.
"Dalam pertandingan ini, para peserta menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan, menampilkan bakat mengait mereka dengan iringan muzik heavy metal," kata kenyataan laman sesawang pertandingan terbabit.
Untuk kejohanan kali ini, peserta dari Jepun, Giga Body Metal yang ditemani petinju sumo telah dinobatkan sebagai pemenang acara tersebut.

Adakah Malaysia akan menghantar wakil tahun hadapan?
Sumber: Facebook