Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Majoriti Wanita Malaysia Pentingkan Duit Dari Rupa Paras - Kajian

Aplikasi JustDating baru-baru ini mengadakan survey keatas 350 lelaki dan 350 wanita dalam satu kaji selidik.

majoriti wanita malaysia pentingkan kewangan dari rupa paras - survey

Advertisement

Dipetik daripada Oriental Daily, keputusan survey menunjukkan majoriti wanita di Malaysia amat mementingkan soal kewangan berbanding rupa paras.

Perincian daripada kaji selidik ini;

  • 80% wanita dari Johor Bahru hanya keluar dating dengan lelaki yang lebih tinggi gajinya.
  • 60% wanita dari Selangor dan KL tidak kisah keluar date dengan lelaki yang kurang gajinya, asalkan tidak kurang RM300 dari jumlah gaji mereka.
  • 80% lelaki tidak kisah asal usul wanita itu, asalkan mempunyai rupa paras yang menarik.
  • 80% lelaki tidak kisah soal kewangan sendiri ketika dating.
  • Lelaki berusia 25-35 tahun sangat yakin dengan diri sendiri dan yakin mampu pikat gadis yang mereka minat.
  • 60% lelaki berusia 35 hingga 45 tahun lebih suka keluar date dengan wanita yang lebih muda dan mempunyai gaji lebih rendah dari mereka.
  • 63% lelaki berusia 35 hingga 45 tahun malu untuk pandu kereta lama ketika keluar date.
  • 50% wanita tidak kisah apa jenis kereta pun lelaki itu pakai.
  • 95% wanita tak suka jika lelaki ambil mereka guna motor ketika keluar dating.

Sumber: World of Buzz

ERA Muzik Hit Terkini