Skip to main content

Hiburan

Anda Memang Kaki Internet Jika Mempunyai 15 Tanda Ini!

Hidup rasa kurang sempurna, macam ada yang tidak kena walau baru beberapa jam tidak menjengah laman sosial. Kata orang ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah. Cuba perhatikan tanda-tanda ini, adakah anda sebahagian daripada kaki internet!

#1 Sering kelihatan di beberapa restoran terkenal yang menawarkan Wi-Fi percuma

#2 Selalu buat muka kesian, minta share kredit.

#3 Mesti bawa handphone ke mana sahaja anda pergi. Pendek kata makan telefon, tidur telefon dan pergi tandas pun bawa handphone.

#4 Setiap kali pergi rumah orang, benda pertama yang akan anda cari ialah password Wi-Fi.

#5 Anda tidak berbual banyak dengan tuan rumah, sekadar tersenyum dan sekali sekala mengangguk. Kebanyakan masa hanya tunduk menghadap handphone.

#6 Tanyalah apa sahaja isu, anda merupakan orang pertama yang mengetahui tentangnya dan boleh memberi jawapan pantas.

#7 Bateri handphone cepat habis dan anda akan kelam kabut mencari charger. Paling tidak pun, anda sentiasa membawa powerbank.

#8 Bukan sahaja membayar bil, serba-serbi dilakukan secara online termasuk membeli ikan dan sayur.

#9 Walaupun bercuti di dalam negara, anda akan pastikan tempat penginapan disedikan kemudahan Wi-Fi percuma atau sekurang-kurangnya ada internet coverage.

anda memang kaki internet jika mempunyai 15 tanda ini!

Kredit: Shutterstock

#10 Demam, mual, pening kepala atau sakit telinga... Anda pasti akan bertanya Doktor Google terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan.

#11 Antara terawal yang mengetahui dan menggunakan aplikasi terbaharu seperti Facebook Live, Insta Story, Snapchat, Smule dan Facetime.

#12 Kawan baik anda adalah notification. Lebih ramai sahabat maya berbanding sahabat di dunia realiti dan lebih yakin berbual dengan sahabat secara maya berbanding bertemu muka.

anda memang kaki internet jika mempunyai 15 tanda ini!

Kredit: Shutterstock

#13 Anda menegur rakan di parti atau sebarang majlis melalui Twitter handle, di whatsapp atau tag mereka di Facebook atau Instagram. Sehingga kadang kala anda lupa nama sebenar mereka atau lebih teruk, lupa nama sendiri!

#14 Anda terhibur dengan lawak rakan-rakan dengan menyebut ‘lol’ bukannya ketawa terbahak-bahak.   Anda juga gemar menggunakan frasa “hashtag” dalam komunikasi harian. Iyalah, terbawa-bawa dari alam maya. #kelakar #belummoveon.

#15 Paling jelas, anda akan menghentak-hentak meja dan kelihatan serba tidak kena apabila kelajuan internet berkurangan atau data internet telah habis di pertengahan bulan, walaupun baru sahaja topup beberapa hari lepas.

Dengan Digi anda tidak perlu risau lagi tentang Wi-Fi percuma atau kehabisan data. Anda boleh lakukan aktiviti kegemaran di alam maya dengan Internet dan Panggilan PERCUMA. Dapatkan pek Digi  PrepaidTM LIVE hari ini dan nikmati internet pantas strim video dan muzik 10GB dan panggilan ke 6 Buddyz secara PERCUMA.

ERA Muzik Hit Terkini