Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Derita Empat Beradik, Kaki Bertukar Keras Seperti Batu

derita empat beradik, kaki bertukar keras seperti batu

Menderita penyakit pelik, kaki empat beradik ini perlahan-lahan bertukar menjadi 'batu'. 

Advertisement

Menurut doktor, Habibullah Bhatti, 19, Mehrunisa, 15, Nasebullah Bhatti, 10, dan Khairunisa, 6, menderita sakit epidermolytic hyperkeratosis. Keadaan ini sangat jarang berlaku kerana ia menyerang sekitar 200,000 orang di seluruh dunia. Keadaan ini telah menyebabkan lapisan kulit tebal berkembang di tangan dan kaki mereka.

Mereka yang berasal daripada keluarga miskin di Pakistan terpaksa sentiasa berkaki ayam kerana kesakitan yang mereka alami. Walaupun telah berjumpa ramai doktor, namun semuanya memberitahu penyakit mereka masih belum ada penawarnya. 

“Tiga tahun lalu, anak bongsu saya, Khairunisa, diserang penyakit aneh. Satu lapisan kulit tebal tumbuh di kakinya yang mulai bertukar menjadi batu dalam beberapa bulan. Kami sudah cuba membawanya pergi berjumpa pakar tetapi masih begini lagi sehinggakan dalam tempoh enam bulan, tiga anak saya lain juga terkena penyakit yang sama.” jelas bapa mereka, Nazir Bhatti, 50. 

derita empat beradik, kaki bertukar keras seperti batu

derita empat beradik, kaki bertukar keras seperti batu

Sumber: Siakapkeli 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini