Banyak ragam haiwan yang dapat kita lihat sejak-sejak perintah berkurung dikuatkuasa seluruh dunia, ekoran daripada pandemik COVID-19. Antaranya, monyet yang buat terjunan epik di kolam renang, dan juga harimau yang berbaring atas jalan raya.
Terbaru, segerombolan besar biri-biri dirakam memenuhi jalanan sebuah bandar besar di Turki, seakan-akan sedang melakukan rombongan.
Advertisement

Video tersebut dirakamkan di bandar Samsun, yang terletak di semenanjung utara Turki dengan populasi penduduk 1.4 juta.
Flock of sheep invades Turkey’s city of Samsun last night during the coronavirus lockdown 🐑 pic.twitter.com/Wmf4pKEGPM
— Ragıp Soylu (@ragipsoylu) May 3, 2020
Namun ekoran daripada perintah berkurung yang dilaksanakan, bandar tersebut sunyi sepi daripada sebarang aktiviti manusia.

Disebabkan itu jugalah, kambing biri-biri ini telah mengambil alih bandar dengan memenuhi ruang jalanan.
Sumber: Twitter Ragip Soylu