Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kelakar Bila Kambing Sesat Masuk Asrama UiTM, Siap Panjat Sinki Tengok Cermin

Baru-baru ini, tular satu rakaman menunjukkan seekor kambing tersesat masuk kedalam kawasan asrama di UiTM Lendu. Rakaman tersebut telah dirakamkan pengguna Twitter @nblhnrlzmii.

kelakar bila kambing sesat masuk asrama uitm, siap panjat sinki tengok cermin

Advertisement

Kejadian ini dikatakan terjadi pada jam 4.30 pagi dan kambing itu ditemui oleh beliau dan rakannya di tingkat 2!

“Mula-mula buat taktahu sahaja sebab memang tahu dekat kolej ini ada kambing terlepas. Lepastu lama-lama bunyi kambing tu kuat gila. Sekali dengar memang obvious gila lalu kat tingkat 2 ni.” ceritanya.

Kambing tersebut juga dikatakan telah masuk ke sebuah tandas dan dikongsikan oleh seorang lagi pengguna Twitter, @xqlhtsnm.

kelakar bila kambing sesat masuk asrama uitm, siap panjat sinki tengok cermin

Rata-rata pengguna meninggalkan reaksi mereka diruang komen dan terhibur menonton aksi kambing itu.

Sumber: xqlhtsnm / nblhnrlzmii

ERA Muzik Hit Terkini