Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bukan Suka-Suka, Ada Sebab Kambing Biri-Biri Ini Pakai Mikrofon Dan Lampin

Sekawan kambing biri-biri dari Brasilia, Brazil ini telah dipakaikan mikrofon dan lampin pakai buang, sebagai salah satu kaedah untuk mengumpulkan maklumat.

bukan suka-suka, ada sebab kambing biri-biri ini pakai mikrofon dan lampin

Kaedah yang digunakan bagi mengumpulkan maklumat berkaitan jumlah pengeluaran susu oleh kumpulan penyelidik dari Syarikat Kajian Agrikultur dan Lanjutan Pedalaman di Brazil itu dikatakan boleh membantu pengeluaran susu kambing biri-biri ke tahap maksimum.

Advertisement

Tujuan mikrofon dipasang adalah untuk memastikan kambing berkenaan benar-benar menelan rumput, manakala lampin pula bertujuan menahan air kencing dan najis mereka. Sisa buangan ini akan ditimbang bagi mendapatkan maklumat berapa banyak rumput dihadam dalam perut.

bukan suka-suka, ada sebab kambing biri-biri ini pakai mikrofon dan lampin

Menurut ketua penyelidikan bersama, Fabio Garagorry berkata, kajian berkenaan juga boleh mendidik penternak tentang saiz kepanjangan rumput yang perlu diberikan kepada haiwan ternakan mereka.

bukan suka-suka, ada sebab kambing biri-biri ini pakai mikrofon dan lampin

Hasil kajian akan diterbitkan dalam tempoh terdekat.

Sumber: Newshub

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini