Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Menyayat Hati! Kanak-Kanak 12 Tahun Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

Seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Masjid, Kuala Baram, pada Selasa.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya memaklumkan anggota bomba menemui mayat Muhd Ikram Abdullah, 12 di bawah timbunan zink selepas kebakaran terkawal.

Advertisement

menyayat hati! kanak-kanak 12 tahun ditemui rentung dalam kebakaran

Kira-kira jam 4.59 petang, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian dan sepasukan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng serta BBP Miri bergegas ke lokasi .

“Sejurus tiba, anggota bomba mendapati berlaku kebakaran rumah jenis separuh kekal dengan struktur binaan kayu pada dinding serta lantai dan bumbung zink serta api memusnahkan keseluruhan rumah itu.

“Seorang lelaki warga emas, Saban Mangkir, 60, turut cedera apabila melecur kira-kira 30 peratus di bahagian belakang badan dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu.

“Enam lagi penghuni rumah itu berusia antara lima tahun hingga 50-an iaitu tiga lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak perempuan terselamat,” katanya.

menyayat hati! kanak-kanak 12 tahun ditemui rentung dalam kebakaran

Mayat kanak-kanak yang rentung diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: Berita Harian
 

ERA Muzik Hit Terkini