Pihak hospital menemui dadah dalam badan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan di Hospital Gua Musang, semalam.
Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, bapa saudara mangsa turut ditahan bagi membantu siasatan.
Advertisement

Tambahnya, kejadian berkenaan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini.
"Satu laporan kita terima daripada doktor di Gua Musang pada semalam jam 5 pagi pengadu terima pesakit kanak-kanak kritikal berusia 3 tahun 9 bulan dibawa oleh ibu.
"Apabila diperiksa didapati dalam tubuh kanak-kanak ada kandungan dadah. Kes ini agak mengejutkan.
"Kanak-kanak ini dipercayai di bawah jagaan bapa saudaranya ketika kejadian dan siasatan kini dijalankan bagi memastikan sama ada kanak-kanak ini diberi dadah atau dibiarkan terdedah kepada dadah," katanya.
Menurut Muhamad Zaki, pihak polis menerima laporan dari doktor hospital berkenaan yang mengesahkan kanak-kanak tersebut dalam keadaan kritikal dan menemui dadah jenis Methamphetamine dalam badan mangsa.
Susulan itu, bapa saudara mangsa telah ditahan dan hasil soal siasat, suspek mengaku membawa anak saudaranya ke tempat yang dipercayai port dadah.
Malah, kanak-kanak itu telah dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sumber: Awani