Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan masih di dalam keadaan kritikal dan disyaki diberi dadah jenis Methamphetamine terpaksa ditidurkan, di Kuala Krai pada Ahad.

Ibu mangsa berusia 36 tahun sedih apabila menerima berita duka berkenaan mengenai anaknya yang telan dadah ketika dibawa ke port dadah oleh bapa saudaranya
Advertisement
"Melihat keadaannya begini, hati saya semakin sayu," katanya.
Malah, wanita tersebut tidak menyangka keadaan anaknya sangat kritikal biarpun selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Doktor kata lambat lagi anak saya akan sedar, dia telah diberikan ubat tidur petang tadi," katanya yang mengakui anaknya itu turut mengalami masalah kesihatan sebelum ini.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, beliau mengesahkan telah menahan bapa saudara mangsa yang berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Hasil soal siasat suspek mengaku membawa anak saudaranya ke tempat yang dipercayai 'port' dadah.
Media juga melaporkan ibu kanak-kanak itu tidak mengetahui sepupunya itu membawa keluar mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu kira-kira jam 2 petang Ahad.
Sumber: Awani