Jika anda fikir sakit buah pinggang hanya terjadi kepada orang dewasa, anda sebenarnya tersilap kerana kanak-kanak juga boleh dijangkiti penyakit serupa.
Dikenali sebagai sindrom nefrotik, penyakit buah pinggang ini sering terjadi kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Pesakit akan hilang protein dalam air kencing hingga menyebabkan aras protein dalam badan menjadi rendah. Akibatnya, pesakit akan mengalami bengkak pada wajah, kaki dan tubuh badan.
Advertisement


Menerusi laman Twitter Dr. Siti Sarah , beliau telah berkongsi tanda-tanda dan punca berlakunya penyakit sindrom nefrotik ini.
Ibu:Doktor, anak saya ni dah seminggu muka bengkak.Kaki dia pun bengkak.Kenape ye doktor?
— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) November 15, 2019
Dr:kencing ada berbuih x?
ibu:ada berbuih juga
Dr: tanda2 seperti kena penyakit buah pinggang sindrom nefrotik. pic.twitter.com/buQ67WpdXR
Sindrom nefrotik ialah pesakit mengalami kehilangan protein dlm air kencing & menyebabkn aras protein dlm darah rendah.Aras protein dlm darah rendah menyebabkan bengkak (oedema) di sekitar mata, perut & kaki.
— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) November 15, 2019
Berlaku 2-15 kes bagi setiap 100,000 orang kanak-kanak setiap tahun.
Sebab-musabab berlakunya sindrom nefrotik di kalangan kanak-kanak tidak diketahui. Berkemungkinan besar, penyakit ini berkait rapat dengan sistem imun badan.
— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) November 15, 2019
Di kalangan kanak-kanak besar dan orang dewasa, penyakit ini trjadi disebabkan SLE atau diabetes.
Pemeriksaan makmal
— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) November 15, 2019
-Pemeriksaan air kencing.UFEME dan urine protein creatinine index
- albumin dalam badan
- RP:fungsi buah pinggang
-paras kolesterol. Paras kolesterol biasanya tinggi di kalangan kanak-kanak yang mengalami sindrom nefrotik
Ujian makmal lain spt C3 C4, ASOT.
Ubat yang disarankan untuk rawatan sindrom nefrotik di kalangan kanak-kanak ialah sejenis steroid iaitu prednisolone.
— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) November 15, 2019
Penggunaan prednisolone perlulah di bawah arahan seorang Pakar Pediatrik. Dos ubat dikira berdasarkan berat dan tinggi kanak-kanak.
kesan sampingan steroid
— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) November 15, 2019
-cushingoid (menjadi bulat)
-selera makan bertmbh
-cataract
-sakit perut
-jerawat
- ketinggian terbantut
kebanyakan pesakit nefrotik akan bg respons positif trhadapt rawatan prednisolone.tanda pertama keberkesanan ubat ialah tiada protein dlm urin.oleh itu, perlu ada pemantauan di rumah dgn memakai urine dipstix
— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) November 15, 2019
sekiranya urin dipstix -ve utk 3hari berturut turut, rawatan ini dikatakan dlm remission.sekiranya urine +ve utk 3hr berturut2, pesakit ini dlm relapse. ibubapa perlu dtg segera berjumpa doktor. #medtweetmy pic.twitter.com/y1Q9G0J63h
— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) November 15, 2019
Dalam jangka masa panjang, prognosis adalah baik utk kanak2 yg bg respon positif terhadap rawatan prednisolone (steroid sensitive). Sindrom nefrotik yg sensitif kpd rawatan steroid tidak mengakibatkan kegagalan buah pinggang. Sakit ini akan ”hilang” dengan masa dan berlaku
— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) November 15, 2019
Bagi mereka yang tidak menunjukkan respon kepada rawatan prednisolone dalam dos tinggi selama 4 minggu, mereka dikategorikan mempunyai rintangan terhadap steroid (steroid resistant).
— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) November 15, 2019
kanak2 steroid resistant prlu disiasat lebih lanjut lagi & ini termasuk pemeriksaan tisu buah pinggang (biopsi) untuk mengenal pasti jenis dan tahap masalah buah pinggang tersebut. Mereka perlu dirujuk kepada Pakar Pediatrik Nefrologi sbb berisiko mengalami kegagalan ginjal
— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) November 15, 2019
Jika anak atau adik beradik anda mempunyai tanda seperti yang dibincangkan diatas, segera membawanya kepada doktor di hospital berdekatan.

Sumber: Dr. Siti Sarah