Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kanak-Kanak Positif Coronavirus di Malaysia Kini Pulih, Dibenar Pulang Dari Hospital Langkawi

Seorang kanak-kanak perempuan warganegara China yang disahkan menghidap wabak Coronavirus dan dirawat di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, disahkan pulih dan dibenarkan pulang.

kanak-kanak positif coronavirus di malaysia kini pulih, dibenar pulang dari hospital langkawi

Memetik laporan dari Awani, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan berkata, hasil ujian menunjukkan kanak-kanak berusia 4 tahun itu berada dalam keadaan sihat.

Advertisement

Ini menjadikan kes pertama positif koronavirus yang pulih sepenuhnya dinegara ini.

Setakat hari ini, Malaysia telah mencatatkan 10 kes coronavirus dengan dua kes terbaru semalam melibatkan salah seorang daripadanya adalah warganegara Malaysia.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini