Dua orang kanak-kanak berusia 11 dan 10 tahun yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, bertindak membakar rumah demi untuk berjumpa pasukan bomba.

Advertisement
Kanak-kanak berkenaan dikatakan sengaja berbuat sedemikian kerana mahu melihat sendiri Bomba beraksi, menyebabkan kira-kira 11 rumah terbakar.
Dilaporkan, kanak-kanak berkenaan telah menyaksikan kejadian kebakaran dihadapan rumah mereka pada Jun lalu, menyebabkan mereka merasa teruja mahu menyaksikan bomba kembali beraksi.
Kebakaran ini bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.
Jabatan Bomba dan Penyelamat kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran.
Sumber: Sinar Harian