Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun di Kabupaten Pelalawan, Indonesia ditinggalkan seorang diri di sebuah stesen minyak oleh ibunya.

Kanak-kanak malang itu ditinggalkan bersama satu nota yang menjelaskan bahawa dia terlalu nakal untuk dijaga.
Advertisement
Malah, ibunya menerusi nota yang ditulis turut memberitahu bahawa kanak-kanak itu perlu menjaga dirinya sendiri.

Akibat daripada perbuatan itu, ibu dan bapa mangsa kini sedang dicari.
Tambah polis lagi, pihak mereka tidak menerima sebarang laporan berkenaan kanak-kanak hilang dan beliau kini sedang dalam jagaan pihak berkuasa.
Menurut portal Kompas juga, budak perempuan itu ditinggalkan di stesen minyak selepas ibu dan bapanya tidak tahan dengan sikap nakalnya dan juga sering menimbulkan masalah.
Sumber: Mirror